Friday 9 December 2011

Heart

There is a place you can touch a woman that will drive her crazy.
You know where?

It's her heart.



# aku tidak tahu harus berapa lame lagi dibiarkan begini.

Monday 14 November 2011

Love Sick !


I'm at that number 5.

LOVE HAS ITS REASON,
AND THAT REASON IS UNKNOWN !


p/s : do u feel the same way?

Sunday 13 November 2011

Si Bodoh.

kenape aku perlu susah hati bile kau tak reply mesej aku,
kenape aku rase cemburu tgk gambar perempuan lain di dlm handphone kau,
kenape aku sakit hati bile kau keluar dgn org lain,

sedangkan kite hanya berkawan.

apekah, mengape kah. 


p/s : akulah si bodoh tu.

Monday 7 November 2011

Sangat sakit hati!

hari ni rsenye boleh dikategorikan sbg bad day.
sebab 1,
nak g keje kepale sgt pening. tak tau nape. mungkinkah sebab byk sgt makan daging korban or sup lembu? mooo.
atau mungkin sebab terlebih cuti raye? #alah, 2 ari je kot cuti. tuii.

sebab 2,
arini aku sgt blur, lmbt sgt berfikir. bos tnye pun aku jwb lmbt n sepatah2.

sebab 2,
ade mamat yg sgt annoying dtg kt kedai. dtg dgn tak de adabnye. dhlah aku tnga blur kau tibe2 dtg gitu je. sakit hati betol. lpas tu nak carik bos aku, bile aku tnye dr mne kau tak reti jwb. okeh, mmg lah kau dtg pakai uniform TNB, tp aku still nak dgr kau sndri ckp kau dr mne. sume org leh pakai uniform. at least, please, introduce yourself ! boleh jadi kau ni penyamun, nak merompak kedai aku keje dgn memakai uniform kan. aku just nk berhati2. then, kau mintak aku call bos plak, bile aku tnye kt kawan kau ade urusan ape (tnye dgn nada yg sopan) . kawan kau boleh plak bg ayat mintak kaki aku. kau ckp, nk dtg berayeeee.. (sambil buat muke itik nak berak).

lpas tu baru kau ckp ayat yg sebenar, dtg nak potong letrik. hah. kan senang klu dr td kau ckp jelas2. ooo, mentang2 kau dtg nak potong letrik orang, kemain berlagak n kerek aa kau. ingat aku cuak or malu ke?! tuuii!
oi, staff TNB. kau dtg uma org, cubelah beradab ckt. jgn nak berlagak sbab keje kau potong letrik org.
sumpah, aku cukup pantang dgn org yg tak ade adab neh. aku jmpe kau lg skali En. Aduka dan kawan, mmg aku nak ludah korang!



p/s : hidup tu jgn nak berlagak sgt lah.

Monday 10 October 2011

#1

When a girl tells you about her problems... It doesn't mean she complains, but she trusts you.


p/s : i mean, seriously. pleaseee, understand me. urghhh.

Blah !

Di kala ini,
Kesunyian hadir mencengkam diri
Aku seperti kosong
Terasa diri ingin lari
Pergi ke tempat tidak siapa yang akan mencari

Ingin sekali aku,
Melihat keindahan alam
Untuk mengisi hati yang sepi
Ingin aku,
Menari pada hati kedamaian
Menyanyi pada lagu keasyikan

Mungkin,
Jika berfikir akan kebesaranNYa
Jiwa akan tenang
Hati akan senang
Fikiran bagaikan tidur

Mengamati betapa indahnya alam
Betapa damainya pemandangan
Biarkan aku sendiri

Menikmati keindahan ini
Mensyukuri kehebatan ini
Mencari jiwa tenang
Menanti dengan jiwa yang senang.


p/s : gua, bermonolog sendirian. ;) asal aku rse geli bile bace post aku neh. HAHA!

Thursday 6 October 2011

My Heart Speaks


Even though I knew it from the very start,
That there is someone who owns your heart;
Even if I see, you're not sitting next to me,
I'm still hoping that someday you will be.

I cherished all the memories we shared in a decade,
Keeping them alive within my mind, like a parade.
My heart keeps on yearning for you to be near me.
"Why?" You asked me. "I love you." I said simply.

I can no longer control this throbbing heart and mind,
All this love for you made me completely blind.
I can't see anybody but only you, my dear.
You say you like somebody, "It's me!" I endear.

My heart silently cries the tears from deep within,
The pain won't stop aching but I just keep it in.
If only you can see the one loving you is me,
I'll do anything for you, anything, just tell me.

Sometimes, I ask myself: How long will I survive?
With you there by her side, letting romance revive;
Whilst shattering my heart into tiny pieces once again,
Leaving me with only scars that forever will be in pain.

I've tried to soothe myself with this one big fat lie,
That I'll be happy for you, just to see you smile.
These tears keep pouring down as fast as a river flow,
Since I can't believe myself for letting you just blow.

I've gone crazy, my dear, crazy over this one-sided love,
But only you can cure this lovesick, I had just said above.
With all your heart, please share that love with me.
Save me. Love me. Save all your love, for only me.

Thursday 15 September 2011

Mengapa lelaki perlu pilih seorang guru menjadi isteri . :)


Salam,

buat pertama kali nya dlm sejarah aku bikin entri melampau pjg. okeh tipu ! buat pertama kalinya dlm belog aku ni haa.
aku buat entri ni bknnye sbab aku seorang cikgu atau pon berangan nak jd cikgu.
tp sebab kan keluarga aku kebanyakannya sume golongan pendidik ye.
dr mak sdare aku, pak sdare aku . ade yg jd cikgu, ade yg pensyarah, ade ustaz. eh, sumenye keje mendidik org lah.
tp yg paling penting, aku nk dedikasikan entri ni utk emak kesayangan aku. 
sebab, sebab... sebabnyee...
mak aku cikgu juge. HEHE.

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

#Tapi, harus kita ingat,
kita semua adalah guru dan orang tua pada saat bersamaan, seorang pendidik untuk siapa saja yang berada di sekitar kita dengan semua tindakan dan kata-kata kita.


p/s : saya nak bakal suami sy cikgu boleh ? HAHA.

Friday 9 September 2011

Rase nak Tumbuk kau !

Sumpah ! aku dh tak taw nk luahkn mcm mne lg n pd sape aku ingin luahkan.
Maafkn aku belog krn jdkn kau tmpt aku lepaskan geram ni.
Klu aku luahkn kt fesbuk, mungkin ramai akn rse sgt annoying dgn aku.

Ape yg aku nk luahkn?
Aku cume nk lpaskn geram aku dgn masalah keje.
Aku btol2 tak paham mengape ade sesetengah org yg sush nk komited pd kerjanye.
Bukan kah itu tanggungjawab die.
Nape smpi perlu menyusahkan org lain.

Aku ni bkn lah bgus sgt pon buat keje, tp aku cube supaya tak kan bebankn dn bg masalah pd org lain.
Lain lah keje kau tu tak melibatkn orang lain, mmg tak lah aku nk amik port kan !
Tp masalah nye keje kau tu pasal service n melibatkn customer.
Dan yg aku tak paham lg, susah sgt ke kau nk mendisiplin kn diri.

Dtg keje pun lewat .
Kdg2 mc tak inform sesape pon.
Sesuke ati TOK ANJANG kau je kan nk dtg ke, msuk lmbt ke.
Lpas tu aku ngn bos lak terhegeh2 nk call kau tnye kau dtg kje ke tak. huh.

Yg aku tak tahan, kau dh jnji kt customer keje kau tu bole siap sekian, sekian hari.
Tup2 kau tak dtg tanpe inform ape2.
Then panggilan telefon dr cutomer bertalu2 tnye .

Aku mmg nk jerit,
Klu ade bantal, mmg aku jerit puas2.


Aku mmg tak pandai nk marah2.
Bile aku nk marah, aku hanye mampu diamkan diri je.
Tuhan je tahu camne perasaan aku.



Seriously, i need a punching bag right now. arghh... !!

Sunday 4 September 2011

Paham Memahami . =_=

awk ni,
btol2 sush nk dipahami. awk kate org tak phm awk.
tp awk tau tak,
sdaye upaye sy cube memahami awk.
makin sy cube,
makin sy tak paham.
sebab,
awk tak pernah bg peluang utk sy memahami awk.
seperti,
awk "block kn" diri awk agar org tak dpt phm awk.

true, boys are really complicated.
* err, actually girls too. ;)



p/s : argh!! sy betol2 tak phm ape yg sy tak phm sbnrnye. korg, korg paham tak? o_O

Thursday 25 August 2011

Teruji di Bulan Puasa

Situasi - Ketika perjalanan ke tmpt kje dgn bos n ank2 comel nye...
Motif - Bos nak ajar anak2 nye mengeja.

Bos : hah, tu bas. cube eja. B.A.S , bas...

Anak bos yg comel : B.A.S bas...

Bos : hah, tu.. K.F.C , ke ep si...

Anak bos yg comel : K.F.C , ke ep si...

Bos : M.C.D , mekdi...

Anak bos yg comel : M.C.D , mekdi...

Bos : P.I.Z.Z.A , piza...

AKU (Belle) : (dlm hati, sudah2. ckup ! aku pose neh.. ! argh! )
iklan sat !! pergh... agak tergoda lah aku nengok nyer. tp aku masih boleh tahan. masih !


p/s : eh, ade sesape nk blnje sy mkn tak bln2 pose nih ? jom lunch. eh, salah. salah. ade sape2 nk blnje sy lpas bln pose ni dak ? HAHA.


Saturday 13 August 2011

Jiwang Berkarat !



Andai aku boleh putarkan waktu,
   ingin aku betulkan segala kesilapan ku.

Andai aku boleh putarkan waktu,
   ingin aku perbaiki diri ku.

Andai aku boleh putarkan waktu,
   tidak lah aku berkawan dgn org2 seperti mu,

Andai aku boleh putarkan waktu,
   aku akan lepaskan segala ape yang ku rasa.

Andai aku boleh putarkan waktu,
   aku akan berkata ape yang ingin ku katakan.

Andai aku boleh putarkan waktu,
   aku akan buat sehabis daya ku.

Tetapi malang,
   aku tidak mampu lakukan semua itu.

Sungguh,
   aku insan lemah yang kerap keliru, kurang sabar, dan pendek akal.


p/s : aku mmg kuat merepek ! ahaha. bajet puitis lah konon. ceh.

Monday 8 August 2011

Membebel ngan Blogger !

sejak semenjak ni, aku mmg totally fed up ngn belog. ni sume gara-gara bile aku tukar je template dr website laen, bloggers (bajet rmi lak nak view blog aku ni kan...) sume ta dapat nak komen kt blog aku. aku pk mayb coz template website tu yg tak ok. so aku tukar template dr website laen, still the same!! wt* !! aku dh bengang , bape kali template aku tukar, sme gak. last2 aku mengalah pki lah blik template dr blogger pnye. boleh plak org komen. ciss... kau mmg sje nak aku pki template kau je kan, BLOGGER !

Belle Membebel : hey blog, nape kau ni asyik nyusahkan aku haa? ! error lah. ape lah. pastu tukar template ckt je, dh xleh komen plak. tension ah.

Blogger : eh, merungut lebey kau ! kau sdar tak, kau pki blog free je. aku tak charge sesen pon. kau patut bersyukur lah, kemon, kemon.

Belle Membebel : erk ! ye, mmg free. maap2. aku yg tak bersyukur... wuuu.

Blogger : hah, sdar pon kau. so jgn bising lah.

Belle Membebel : eh2. tapi kan, aku ade hak ape. aku sbg user, kau patut kne bg service yg bgus lah utk kemudahan org. okeh. aku tarik balik maap aku td.

Blogger : tak gune kau. aku tak tergugat lah ngn kate2 kau tu coz aku taw rmi org kai blog, dorg takleh idup tanpe blog. blog ni dh mcm diari dorg. besides, rmi yg gne blog utk berbisnes. aku tade, dorang rugi taw ! so, klu error ke ape, dorang nak tak nak kne tunggu lah bg oke.

Belle Membebel : err... kau nih. (betul jugak tu)

 blogger, template kau huduh sgt lah ! aku ta suke. hihi.


p/s: lepas aku ubah setting amende nth, akhirnye... aku berjaye kai template website laen n org leh post komen kt belog aku. weehheee..!

Monday 1 August 2011

Selamat menjalani kehidupan yang baru, Sahabat !

Baru-baru ni aku berkampung kat uma kwn aku yang sudah selamat membina masjid. hehe. err, act, xlah baru. lame dah. baru nak update , maklum lah. RAJIN sgt kan ! (tp entri pasl bola cpt lak aku update, HAHA) .

kwn lame , yang jarang jmpe. same2 kami blaja kt Unisel dlu kan. dlu mse dok uma sewa kt unisel tu, kete kau lah aku tumpang g class. time kasih byk2 kwn. aku rse terhutang budi byk sgt kt kau . hanye Allah dpt membalas jasa kau. tp syg kau benti lak. huhu. lpas tu lost contact, naseb lah ade fb. dpt jejak kasih . itupun time kau dh slamat bertunang. ta sangke, cpt smpi gak jodoh kau .

kebetulan plak mse wedding kwn aku ni, date sme ngn Perhimpunan Bersih tu haa... bersih lh sgt kan ! nyusahkan org. tp syukur lah, rmi gak yg dtg majlis kwn aku . lauk pon tak membazir. tp aku ksian lah kt majlis org laen, aku bace kt paper kenduri mereka rmi yg tak dtg . cmne nk dtg kalu jln byk tutup, dgn jam lg kan. ish.

okeh, lupekan pasl bersih yg tak bersih tu ! apepun, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kpd Nadia dan Didie. so, aku share lah ckt pic aku berkampung kat uma die selame 3 hari 2 malam. pergh!! dh mcm holiday kot, padahal buat semak je aku ni kt uma org. HAHA ! ade antara pic2 ni yg aku dah edit sendiri. edit bese je, nak hebat2 tak reti lak. byk gak sbnrnye pic yg ade, maklum lah berkampung kan aku kate td. aku share ckt2 ckuplah.

 Sesi Akad Nikah

Semasa dan Selepas akad nikah

Prepare untuk Malam Berinai , okeh. ni pic candid ! See, mate Nadia terjegil .

Malam Berinai

 
Pengantin perempuan sedang bersiap

Makan Beradab

 
 The Wedding Cake

Outdoor

Semoga Bahagia selalu korang. :)


Doaku buat pasangan ini , 
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)


p/s : i love weddings !! korang doa2 lah aku smoga bertemu jodoh yang baik2 ye. :)

Saturday 30 July 2011

Bola itu Bulat !!

Okeh, mst dh taw lah aku nk story pasl ape kan. Sana-sini kecoh pasal perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 (Malaysia dan Singapore) , login facebook je melambak penuh news feed pasl game ni. Ramai yg bg sokongan penuh pd Harimau Malaya. same dgn lah ngn aku. hehe.

Aku layan game ni kat uma je, ngn MAK aku lak tu. HAHA ! maklumlah, tade org pon nak ajak kite ni g Stadium tu haa , org bg tiket free pon mmg dlm mimpi pon tak lpas !teringin giler aku nk tgk live kat stadium. wuuu.. Tp syiok gak layan ngn mak aku. smangat mak aku lebih dr aku kot ! Terbaek ah. terjerit2 mak aku tgk. HAHA. at least dpt spend time ngn mak aku.

Malaysia menang dgn skor 8-0 ye ! Oh yeah , Nampak beno aku nipu. HAHA. sudah lah, aku tak kuat berpura-pura cm SingaPURA tu. Well, sume dh taw kan result game ni. Perasaan tidak puas hati aku muncul , so kt belog ini lah salah 1 tempat aku luahkan perasaan... err act, bkn salah 1, mmg 1 tempat ni je aku biase luah kan perasaan marah, kecewa, gembira aku.

Aku sedih sgt, tp aku tetap berbangga ngn pasukan Harimau kite. Harimau Malaya juga turut kecewa , tp mmg adat pertandingan. Kalah dan menang mmg lah ade. Bg aku, pasukan kite dh buat yg terbaik cume ade kekurangan yang perlu dipelajari. Its okeh, perjuangan mst diteruskan , right?

Even Malaysia kalah, aku sgt2 berbangga ngn pasukan kita. Kite tak perlukan tenaga atau meminjam player2 dr " kampung sebelah" pon. Dan ternyata juge player kite bkn lah " pondan " .Ye, setiap org ade kelebihan dan kekurangan masing2. aku bukan lah nk kutuk player Singapore, cuma aku benci dgn lakonan yg berpura-pura tu, Haha !

Malaysia juge ade kekurangan, pertahanan kite agak lemah. Tp aku harap pasukan kite dpt blajar dr kesilapan . Dan jgn terlalu mengaharap kan Safee Sali utk jaringkan gol, yang lain perlu usaha juga. Aku sgt kagum dgn keeper kite, Kharul Fahmi Che Mat. Die pon buat yg terbaik . Untuk masa akan dtg, aku pasti mereka akan baiki kelemahan dan akan berusaha lebih lagi.

Aku akan sentiasa menyokong, Harimau Malaya , mengaum lah kau sehebat boleh. Tunjukkan kite bkn lemah ! Aku akan sentiasa menyokong. Kate anak jati Malaysia kan. Giler semangat patriotik aku. Merdeka, Merdeka !! Tetiba plak lah kan. :)

Perasaan nak sepak bola kat org yg kuat "PURA-PURA" . ;)

 Harimau Malaya, 143 !! rawwr... !



p/s : dh sebuk2 pasl bola, lpas ni sebuk2 nk puase plak. penuh lah news feed fb ngn ucapan. pis ! ;)

Monday 18 July 2011

Korang nak gelak sakan? hamik obat nih !

Perghh..buat pertama kalinye aku ade 2 entri dlm mse sehari. Inilah akibat bile kebosanan terlampau melanda di tempat kje.

So, kpd yg tnga bosan (mcm keadaan aku skang) or tnga tensen. aku leh bg obat nyer. ikut step di bawah ini ye :

  1. Go on google.
  2. Search " top 50 women on internet".
  3. Go on the first link.
  4. Look at number 7. 
  5. And laugh really hard.  







p/s: err...betuah ke malang die ni??

Pelangi yang Indah !

Hari ni rse tersgt lah bosan kt tmpt kje, nk blog  pon aku mls sbnrnye. tp disebabkan lame sgt tade entri baru, err.. lme ke? whatever lah. aku pon isi je lah bg belog ini bg die "berisi".

Tenga2 leka mlayan pakcik google, aku terjumpe lah pic2 rainbow yg sgt indah nih. Sumpah mmg cantik, bile tgk pic2 cmni, baru lah aku rse tak bosan sgt . Dari kite dok puji org tu cntik, org ni cntik. kasut tu cantik, baju ni cantik. pekate kite puji ciptaan Allah yang ini pulak. kan elok ! Meh aku share kt korg jenis2 pelangi yg SUPER RARE punyer !

1. Classics Rainbow
2. Circular Rainbows
3. Secondary Rainbows

4. Red Rainbows
5. Sundogs

6. Fogbows
7. Waterfall Rainbows
8. Fire Rainbows
9. Moonbows
Kepada yg masih tak tahu asal-usul pelangi (rsenye sume org dh tau kot!) ->
Kunci terjadinya pelangi adalah pembiasan cahaya. Ketika dibiaskan, cahaya akan berubah arah. Biasanya pembelokan ini terjadi ketika cahaya pindah dari medium satu ke yang lain. Hal ini terjadi karena cahaya bergerak dengan kecepatan berbeda dalam medium berlainan. Ketika memasuki prisma kaca, cahaya akan dibelokkan. Begitu pula jika keluar dari prisma. Selain membiaskan cahaya, prisma memisahkan cahaya putih menjadi komponen warnanya.  Tetesan air hujan dapat membiaskan dan menyebarkan cahaya mirip sebuah prisma. Dalam kata yang tepat, pembiasan cahaya ini membentuk pelangi.



p/s : aku pling suke fire rainbows tuh ! cantik sgt! SubhanAllah... indahnya ciptaan Allah.

Friday 1 July 2011

Pensyarah vs Guru Besar : Imam Muda Musim Kedua 2011

Salam ,
Entri aku kali ni agak laen, aku tak pena wat review pasal juara Mentor, juara AF or even juara Maharaja Lawak nye pun adui.. (slang Jozan). Bukannye ape, rmi sgt wat entri pasl dorang, so aku agak muak dh tgk. Juara Imam Muda sush plak aku nk nmpk org buat entri nye. hurm... Pejam celik pejam celik rasanya seperti baru semalam Imam Muda 2 berlangsung. Mana taknya sebelum ini sume leka dengan program realiti mcm Akademi Fantasia dan selepas itu Maharaja Lawak pula (same dgn lah aku). Haa... lepas ini tgk rancangan Mari Menari pulak ke?

Dua orang peserta Imam Muda musim kedua ini yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Nazrul atau dikenali sebagai Nazrul Izwan Zolkiflee dan juga Hassan atau nama sebnar Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza. Masing-masing berumur 26 tahun.

Program realiti tv berbentuk islamic iaitu Imam Muda Musim Kedua terbitan Astro telah pun melabuhkan tirainya semalam. Imam Muda Musim Kedua ini menobatkan Imam Muda Hassan sebagai juara dan Imam Muda Nazrul sebagai naib juara. 

Hadiahnye not bad gak lah. Untuk juara, Imam Muda Hassan merangkul hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. (tp rasenye ade tambahan duit dr Bank Islam, bape ntah). walaupun hadiah tak segah mcm Maharja Lawak, tp yg penting ilmu yg dorg dpt tu, smoga dpt dimanfaatkn ke arah kebaikan. amin.

Manakala Imam Muda Nazrul mendapat biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Ni aku story ckt biodata juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan.
  • Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik.
  • Graduan Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
  • Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
  • Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa.
  • Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor
  • Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
  • Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.
  • Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.
  • Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Klang.
Ni plak biodata naib juara Imam Muda Musim Kedua, Imam Muda Nazrul.
  • Nazrul Izwan Bin Zolkiflee nama diberi.
  • Berumur 26 Tahun.
  • Lahir pada 20 Jun1985.
  • Berasal dari Johor.
  • Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam & Dakwah.
  • Pekerjaan nya , Guru Besar.
  • Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
persembahan dorang mase mlm kemuncak tu... pergh, aku sgt kagum dgn kepetahan dorang berbicara. Imam Muda Hassan dgn topik nya Akhlak Mulia, Imam Muda Nazrul pulak dgn topik Berbakti kpd Ibu Bapa. mase ayat2 terakhir Imam Muda Hassan tu aku rase sebak lak dgr coz ayah die dh tade di muke bumi ni lagi. seyes aku nk nangis dgr...



    yang sebelah kiri tu Imam Muda Hassa, yg sebelah kanan Imam Muda Nazrul







    dua2 same hebat tau , tp aku minat Imam Muda Nazrul. tgk kening die tu terpikat pulak. kacak oii.. HAHA ! nasib lah die dh kawin n ade anak. kalu tak, berangan lebih lah !



     


    p/s : untung lah kalau dpt suami camni kan , sejuk nyer ati. tp aku tak layak lah dpt laki camni. sob. sob.  :(




















    Thursday 30 June 2011

    #1 Spontaneous Thursday


    bak kata Zizan dlm KL Gangster 
    " mcm SIAL ! tuuii !"











    p/s : kuah dal roti canai tumpah kt baju kurung aku.
          bau ? perghhh....




    Thursday 23 June 2011

    New Job, New Experience

    Salam,

    Nak story pasl keje aku. hehe. sonok gak bile dpt tukar angin skli skale kan . act , aku bkn benti kje pon. 2 hari lepas bos aku call kate nk bg tugasan mengejut, aku dok pkir lah. tp pkir pnye pkir mmg tade idea pon ape yg bos aku mksudkn tu !

    rupenye bos aku nk minx jge kn skejap salun wife die , skrg ni aku kje kt kdai komputer. hah , dr bidang IT aku meloncat ke bidang kosmetik lak ! adeh. aku dh risau tak tentu pasl lah weh.. dlm pale hotak aku yg tak bape nk gelige ni aku pkir , boleh ke aku jge salun tuh. yelah. wlaupun jge skejap je , tp aku mne taw bab2 kosmetik n jamu menjamu nih.


    aku dok pkir lah utk sesaat dua cmne nk buat... okeh , sesaat dua je. hebat gak otak aku beroperasi. HAHA ! lpas tu aku trus buat keputusan setelah pkir secara positif . aku pon stuju jelah nk jge salun tu. yelah, ape slhnye kite cuba bidang baru. at least dpt ilmu n pengalaman baru. bg aku itu yg penting coz penglaman mmg tidak boleh dibeli d mne2 pon kan !

    and sbab musabab yg laen aku terima job skejap bos aku ni pon coz bos aku kate dh lme aku kje ngn dorg , takde curik barang n mmg boleh dipercayai. perghh !! mau KEMBANG aku kan. hei, korg ingt snang ke kite nk buat org percaya kt kite especially BOS ! susah kan...

    so dpt lah aku jge salun tu sehari stengah. yg stengah tu mse bos aku gune utk train aku. mse aku kt kdai tu, mate aku naek berpinar pulak coz byk giler brand, jenis brg2 kosmetik n jamu kt RY SALOOON tu. aku ckp "OMG, cmne aku nk ingt sume bnde2 ni n function nye?? omg. omg. " smbil mate aku dok berpusing tgk brg2 tu lg. then, aku pkir positif lagi , tade hal lah Belle , u can do it ! go, go!

    dan keesokan harinye mule lah hari baru aku... pg2 mule2 aku agk bosan coz tade customer, aku buat lah kire2 cash sales tu sume. lpas tu dh stat customer mai. 1st customer die crik cream mlm, pastu nth cmne lah leh ade day cream, n seblah die day & night cream. " farrkk! cmne leh ade 2 jnis ni , kau jgn tnye aku ape beza, jgn tnye, jgn kau brani tnye " kate aku dlm hati. n u know what , customer tu mmg tnye. damnnn!!

    okeh. kpale hotak aku mule beroperasi utk ayt menggoreng.. AHAHAH! aku jwb " adk, yg day cream gune utk siang je, day & night cream ni multi purpose , boleh gune siang atau pun mlm" . HAHA ! weh. bijak tak aku jwb. sumpah aku sndri ta taw ape beza cream2 tu td. customer tu pon agk bijak aku tgk kan , die iye kan pulak aku kate. haa.. bagus lah kau BELLE !

    lpas tu level confidence aku dh UP ckit, ckit pon jd lah kan. ade cutomer crik losyen lah, krim ilangkan jeragat lah, nk ilangkan turun kan berat bdn, nak bykkn susu bdn lah. n mcm2 lg. sume aku leh handle key. yg nk wat facial sume aku minx dorg wat appointment dlu coz bos aku yg buat facial nye. aku mne reti . hehe ! so far ade pngalaman manis jelah kt cni maybe kje lme2 ckt baru dpt yg pahit pnye. HAHA !

    ni aku selit ckt pic aku gedik2 dlm salun tu sorg2. hihi.



    1. nk pomot RY SALOON. sudi2 ler dtg ke Giant Kemuning Utama Seksyen 33, Shah Alam.
    2. hah. mau rebonding??
    3. errr... sikat ke ape nth name nye tu.
    4. nk facial? pon boleh ye kt cni. tp bkn sy yg buat ye. (muke pon ta cantik, ade hati nk wat facial kt muke org kan !)

    p/s : ta kesah lah kje ape yg sdg anda lakukan , buat yg terbaek ye. jnji rezeki yg halal.