Tuesday 28 August 2012

Selamat Hari Jadi Mak!

Hari ini, tanggal 28 Haribulan 8 ulang tahun emak ku.
Tapi tidak ada satu hadiah pun yg aku bagi untuk nya.
Bukan lah tak ingat atau tak nak bagi hadiah.
Tapi aku langsung tak tau bende apa di dalam dunia ni yang layak ku beri pada dia.
Langsung satu benda di dunia ni tak layak, tak terbaik untuk ku bagi tanda sayang aku pada mak aku.
Semua bende aku jumpa tak terbanding dengan kasih sayang yang dia bagi.

Aku berdoa setiap hari kepada Tuhan moga dipanjangkan umur ibuku.
Semoga aku dapat membahagiakan dia, tak menyakiti hati dia .

Saya Sayang Mak!

Thursday 9 August 2012

Biskut Raya 2012. Oh Raya!

BISKUT ALMOND LONDON
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

BISKUT TART NENAS GUNTING
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

BISKUT TART NENAS GULUNG
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT


BISKUT PEANUT ALMOND CRUNCHY
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

Salam, saya ada jual biskut raya.
Area Shah Alam, Klang & Kuala Lumpur.
Gerenti sedap! :D
Biskut raya ni handmade, bukan kilang.
Sebab tu, harga mahal sikit banding dengan lain. :)
Walaupun raya lambat lagi, apa salahnya beli buat makan saje2 kat umah.
Sambil nonton tv tu buat kunyah2 ala-ala jajan apa salahnya. :)

50 biji untuk RM 25. 00
Berminat boleh contact saya di : facebook, Nab Belle 
E-mail : bella291189@gmail.com
Nabila : 017-2352358

Wednesday 25 July 2012

Oh my July !

Kali ni entri bergambar baru nk di update dlm blog ni. Kawan baik aku Nadia ajak bercuti. Pergi dengan sepupu Nadia , Nurul dengan mak Nadia , anak  buah Nadia, si kecik Alisya dengan baby Nadia si Aaron Wafri. Kebetulan aku mmg jenis suke travel, jalan jalan. Paling buat aku tertarik, sebab die ajak aku g pulau. Sumpah dah lame aku teringin nak jalan kt pulau, hirup udara segar, tengok air laut yg jernih and most important thing dapat lari dari hal kerja, riuk pikuk di kota. Alhamdulillah dapat jejak kaki di pulau. ya beda beduu!!

View from inside the plane.



Paling buat aku batak dan jakun ya amat, buat pertama kali dapat naik flight. ahahahaha! Air Asia pun jadi lah. Sume benda dalam flight tu aku usik sampai kan kawan aku annoying tgk peel aku. Lantak aku lah. Aku bayar kot. * riak
Pulau Perhentian

Yeay!! jejak kaki di Pulau Perhentian, Terengganu. Cantik sangat view kat sini. Oh Pulau Perhentian ada dua pulau tau, jangan silap pulak. Yang aku stay ni Pulau Besar dia, bukan Pulau Kecil.

Lelaki terselit tepi tu tolong angakt bag kami. ;)
Dari airport, nak g pulau naik bot. Best betul duduk dalam bot. Beralun alun dilambung dek ombak.

New Cocohut Chalet

Ni antara chalet yg ada kat Pulau Perhentian ni. Cocohut Chalet, Sea Horse Chalet tapi kitorang check in kat Cozy Chalet.

Cozy Chalet

Tada!! Welcome to Cozy Chalet. yes, sangat selesa chalet ni. Bg korang yang nk stay sini, better survey and tgk sendiri chalet supaya tak menyesal. Sentiasa full book okeh. Kitorang dapat bilik terakhir yang kosong. Sangat seksa nak memanjat tangga. Tinggi tau chalet cozy tak macam cocohut tadi. Dah macam exercise turun naik tangga dia. Ketaq lutut habaq ang!

Candid!
Antara view yg ada, ops, mat saleh pulak. Oh. kat sini memang banyak omputih. Mereka kan suka berjemur.


Memang cantik sesangat lah weh !


Kaki busuk sedang bersantai
Mat saleh berjemur
Bot !
Tak sabar jalan2 pulau
Ombak.

Masing2 terkedak nak jalan2 dalam pulau.
Tak banyak sangat aktiviti kitorang buat kat sini coz bawak budak and baby. Tapi mcm2 boleh buat contoh aktiviti kat sini snorkeling, tgk turtle and shark point.

Sejuk air pulau


Dekat pulau kitorang just jalan2 and main air dr bukit. Sejuk and teramat lah jernih. Sempat gak main kejar2 simbah air macam budak-budak.

Balik ke hotel. See the sunset? Beautiful right.
Warga pulau. hihi

Before balik KL, sempat jalan2 kat Rantau Panjang.

Nadia shopping!

Masa otw balik, ternampak satu masjid ni. Cantik masjid ni, gabungan senibina Cina dan Islam. Namanya Masjid Beijing kalau tak salah aku. 


Goodbye Terengganu, kecewa tak dapat tgk penyu. sob sob. :(
Anyway, im having a good time there. Syukur.

Tuesday 10 July 2012

Pecahan Rasa

Assalamualaikum.

Dugaan itu datang berbagai cara nya.
boleh jadi kita tak sedar kita telah diduga.

Cuba tabahkan diri, Cekalkan hati.
walau mungkin sukar, tetapi perlu dicuba.
kebalkan mata supaya tidak tertumpah darah air mata.

Hati jua bisa menangis.
tak siapa tahu, tak siapa peduli.

Sakit, pedih, kecewa, geram.
itu segala nya rasa.

Mungkin kemaafan dan peluang baru harus diberi,
tidak pasti.

Sunday 24 June 2012

Tilik nasib.

Hari ini ,
sedang bekerja dengan tekun. Eh, tekun ke? ;)
tiba-tiba ada manusia ni datang.
Ingatkan customer tapi rupenya bukan.
Dia datang terus kt aku terus tunjuk kad nama dia. kad nama yang dibuat sendiri dengan kertas.
Seorang lelaki sikh.
Rupenye lelaki ni tukang tilik nasib  dengan tapak tangan.
Aku terus angkat tangan menolak dan geleng kepala.
Tak berani nak cuba-cuba.
Lelaki tu pun terus senyum, kata minta maaf dan pergi.


Aku terus teringat,
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, berkata:
Rasulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
”Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, membenarkan apa yang diucapkannya maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallaahu 'alaihi wa sallam “
(HR. Al-Hakim dan dishahihkan olehnya dan disepakati Imam Dzahabi dan dishahihkan oleh Syaikh Al-AlBani)

Adapun jika hanya bertanya saja tanpa membenarkannya maka yang seperti ini hukumnya haram merupakan perbuatan dosa yang sangat besar sebagaimana dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh sebagian istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Rasulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: 
“Barangsiapa mendatangi tukang ramal (dukun dan sejenisnya) menanyakan sesuatu maka tidak diterima sholatnya selama empat puluh malam.”
(HR Muslim)

Sudah lah dosa aku tidak dapat dihitung dengan jari, tak sanggup nak tambah kan lagi.
Yang aku pelik, selalu nya datang kedai aku biasanya peminta sedekah dan jurujual. Alah, jual aromaterapi lah dan macam-macam.
Mane datang pulak orang tilik menilik nasib dekat sini.
Macam-macam lah manusia sekarang ni.

Monday 28 May 2012

Belia

Belia.
Apa itu belia?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. muda 2. pemuda 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi.

Jadi,
kita adalah belia itu.
kita golongan muda itu.
kita pemuda pemudi itu.

Dewasa kini,
para belia terlalu disogokkan dgn duniawi.
konsert sana, konsert situ.
Tempat-tempat yang menyeronokkan golongan kita lah berlumba-lumba untuk pergi. 
Sebenarnya kita punya pilihan untuk pergi kemana
tapi dek tuntutan hati dan nafsu,
di ikutkan sahaja.

Mungkin salah belia itu sendiri.
Mungkin keadaan persekitaran itu sendiri,
yang merubah sesuatu kejadian.

Aku sedar,
aku salah seorang dari itu. 
peringatan untuk diri yg lemah dan selalu terleka.

Kita rosakkan belia kita,
kemudian kita mengeluh mengapa mereka adalah belia yang rosak?

Tidak sedar diri.

Wednesday 23 May 2012

Kawan ke?


Lumrah manusia memang begini kan.
Benar.
Di waktu kau gembira, kawan-kawan berduyun tiba.
tak dipanggil pun tak semena muncul.
Di waktu kau di dalam kesusahan, kawan-kawan tadi semua hilang tanpa dapat dijejak.
Jika dicari pula tetap tak muncul.

Duit, kuasa duit ini cukup hebat.

berdiri di satu bucu dengan wang-banyak pula yang mendekat.
berdiri di satu bucu tanpa wang-banyak pula yang menjauh.

membuat aku berfikir,
bukan fikiran aku perlu ada wang supaya aku punyai kawan.
tetapi,
menjadi fikiran yang mana itu kawan.

uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. sekian.

Thursday 12 April 2012

itu aku.

aku mentari tapi tak menghangatkanmu.
aku pelangi tak memberi warna pada hidupmu.

aku sang bulan tak menerangi malammu.
aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan.

maafkan aku jika aku bukan,
bukan yang diinginkan, diimpikan malah didambakan.

tapi harus kau tahu
akan aku usaha sehabis daya
takkan aku pudar menghilang tika susah senangmu.

Tuesday 21 February 2012

Cukup Mendalam !



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



p/s : lebih baik layan lagu yang lirik nya bagus, buat kita berfikir dan muhasabah diri dari dengar lagu lirik yang entah apa2. sekian.

Thursday 12 January 2012

Omong Kosong.

eh. eh. blog.
ade lagi rupenye blog aku nih.
dh berkulat. dh basi pon.
malas nk taip & update dh blog.

maaf! k bai.