Monday 28 May 2012

Belia

Belia.
Apa itu belia?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. muda 2. pemuda 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi.

Jadi,
kita adalah belia itu.
kita golongan muda itu.
kita pemuda pemudi itu.

Dewasa kini,
para belia terlalu disogokkan dgn duniawi.
konsert sana, konsert situ.
Tempat-tempat yang menyeronokkan golongan kita lah berlumba-lumba untuk pergi. 
Sebenarnya kita punya pilihan untuk pergi kemana
tapi dek tuntutan hati dan nafsu,
di ikutkan sahaja.

Mungkin salah belia itu sendiri.
Mungkin keadaan persekitaran itu sendiri,
yang merubah sesuatu kejadian.

Aku sedar,
aku salah seorang dari itu. 
peringatan untuk diri yg lemah dan selalu terleka.

Kita rosakkan belia kita,
kemudian kita mengeluh mengapa mereka adalah belia yang rosak?

Tidak sedar diri.

Wednesday 23 May 2012

Kawan ke?


Lumrah manusia memang begini kan.
Benar.
Di waktu kau gembira, kawan-kawan berduyun tiba.
tak dipanggil pun tak semena muncul.
Di waktu kau di dalam kesusahan, kawan-kawan tadi semua hilang tanpa dapat dijejak.
Jika dicari pula tetap tak muncul.

Duit, kuasa duit ini cukup hebat.

berdiri di satu bucu dengan wang-banyak pula yang mendekat.
berdiri di satu bucu tanpa wang-banyak pula yang menjauh.

membuat aku berfikir,
bukan fikiran aku perlu ada wang supaya aku punyai kawan.
tetapi,
menjadi fikiran yang mana itu kawan.

uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. sekian.