Tuesday, 28 August 2012

Selamat Hari Jadi Mak!

Hari ini, tanggal 28 Haribulan 8 ulang tahun emak ku.
Tapi tidak ada satu hadiah pun yg aku bagi untuk nya.
Bukan lah tak ingat atau tak nak bagi hadiah.
Tapi aku langsung tak tau bende apa di dalam dunia ni yang layak ku beri pada dia.
Langsung satu benda di dunia ni tak layak, tak terbaik untuk ku bagi tanda sayang aku pada mak aku.
Semua bende aku jumpa tak terbanding dengan kasih sayang yang dia bagi.

Aku berdoa setiap hari kepada Tuhan moga dipanjangkan umur ibuku.
Semoga aku dapat membahagiakan dia, tak menyakiti hati dia .

Saya Sayang Mak!

Thursday, 9 August 2012

Biskut Raya 2012. Oh Raya!

BISKUT ALMOND LONDON
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

BISKUT TART NENAS GUNTING
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

BISKUT TART NENAS GULUNG
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT


BISKUT PEANUT ALMOND CRUNCHY
RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

RM 25.00 (50 PCS)
SOLD OUT

Salam, saya ada jual biskut raya.
Area Shah Alam, Klang & Kuala Lumpur.
Gerenti sedap! :D
Biskut raya ni handmade, bukan kilang.
Sebab tu, harga mahal sikit banding dengan lain. :)
Walaupun raya lambat lagi, apa salahnya beli buat makan saje2 kat umah.
Sambil nonton tv tu buat kunyah2 ala-ala jajan apa salahnya. :)

50 biji untuk RM 25. 00
Berminat boleh contact saya di : facebook, Nab Belle 
E-mail : bella291189@gmail.com
Nabila : 017-2352358

Wednesday, 25 July 2012

Oh my July !

Kali ni entri bergambar baru nk di update dlm blog ni. Kawan baik aku Nadia ajak bercuti. Pergi dengan sepupu Nadia , Nurul dengan mak Nadia , anak  buah Nadia, si kecik Alisya dengan baby Nadia si Aaron Wafri. Kebetulan aku mmg jenis suke travel, jalan jalan. Paling buat aku tertarik, sebab die ajak aku g pulau. Sumpah dah lame aku teringin nak jalan kt pulau, hirup udara segar, tengok air laut yg jernih and most important thing dapat lari dari hal kerja, riuk pikuk di kota. Alhamdulillah dapat jejak kaki di pulau. ya beda beduu!!

View from inside the plane.



Paling buat aku batak dan jakun ya amat, buat pertama kali dapat naik flight. ahahahaha! Air Asia pun jadi lah. Sume benda dalam flight tu aku usik sampai kan kawan aku annoying tgk peel aku. Lantak aku lah. Aku bayar kot. * riak
Pulau Perhentian

Yeay!! jejak kaki di Pulau Perhentian, Terengganu. Cantik sangat view kat sini. Oh Pulau Perhentian ada dua pulau tau, jangan silap pulak. Yang aku stay ni Pulau Besar dia, bukan Pulau Kecil.

Lelaki terselit tepi tu tolong angakt bag kami. ;)
Dari airport, nak g pulau naik bot. Best betul duduk dalam bot. Beralun alun dilambung dek ombak.

New Cocohut Chalet

Ni antara chalet yg ada kat Pulau Perhentian ni. Cocohut Chalet, Sea Horse Chalet tapi kitorang check in kat Cozy Chalet.

Cozy Chalet

Tada!! Welcome to Cozy Chalet. yes, sangat selesa chalet ni. Bg korang yang nk stay sini, better survey and tgk sendiri chalet supaya tak menyesal. Sentiasa full book okeh. Kitorang dapat bilik terakhir yang kosong. Sangat seksa nak memanjat tangga. Tinggi tau chalet cozy tak macam cocohut tadi. Dah macam exercise turun naik tangga dia. Ketaq lutut habaq ang!

Candid!
Antara view yg ada, ops, mat saleh pulak. Oh. kat sini memang banyak omputih. Mereka kan suka berjemur.


Memang cantik sesangat lah weh !


Kaki busuk sedang bersantai
Mat saleh berjemur
Bot !
Tak sabar jalan2 pulau
Ombak.

Masing2 terkedak nak jalan2 dalam pulau.
Tak banyak sangat aktiviti kitorang buat kat sini coz bawak budak and baby. Tapi mcm2 boleh buat contoh aktiviti kat sini snorkeling, tgk turtle and shark point.

Sejuk air pulau


Dekat pulau kitorang just jalan2 and main air dr bukit. Sejuk and teramat lah jernih. Sempat gak main kejar2 simbah air macam budak-budak.

Balik ke hotel. See the sunset? Beautiful right.
Warga pulau. hihi

Before balik KL, sempat jalan2 kat Rantau Panjang.

Nadia shopping!

Masa otw balik, ternampak satu masjid ni. Cantik masjid ni, gabungan senibina Cina dan Islam. Namanya Masjid Beijing kalau tak salah aku. 


Goodbye Terengganu, kecewa tak dapat tgk penyu. sob sob. :(
Anyway, im having a good time there. Syukur.

Tuesday, 10 July 2012

Pecahan Rasa

Assalamualaikum.

Dugaan itu datang berbagai cara nya.
boleh jadi kita tak sedar kita telah diduga.

Cuba tabahkan diri, Cekalkan hati.
walau mungkin sukar, tetapi perlu dicuba.
kebalkan mata supaya tidak tertumpah darah air mata.

Hati jua bisa menangis.
tak siapa tahu, tak siapa peduli.

Sakit, pedih, kecewa, geram.
itu segala nya rasa.

Mungkin kemaafan dan peluang baru harus diberi,
tidak pasti.

Sunday, 24 June 2012

Tilik nasib.

Hari ini ,
sedang bekerja dengan tekun. Eh, tekun ke? ;)
tiba-tiba ada manusia ni datang.
Ingatkan customer tapi rupenya bukan.
Dia datang terus kt aku terus tunjuk kad nama dia. kad nama yang dibuat sendiri dengan kertas.
Seorang lelaki sikh.
Rupenye lelaki ni tukang tilik nasib  dengan tapak tangan.
Aku terus angkat tangan menolak dan geleng kepala.
Tak berani nak cuba-cuba.
Lelaki tu pun terus senyum, kata minta maaf dan pergi.


Aku terus teringat,
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, berkata:
Rasulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
”Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, membenarkan apa yang diucapkannya maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallaahu 'alaihi wa sallam “
(HR. Al-Hakim dan dishahihkan olehnya dan disepakati Imam Dzahabi dan dishahihkan oleh Syaikh Al-AlBani)

Adapun jika hanya bertanya saja tanpa membenarkannya maka yang seperti ini hukumnya haram merupakan perbuatan dosa yang sangat besar sebagaimana dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh sebagian istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Rasulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: 
“Barangsiapa mendatangi tukang ramal (dukun dan sejenisnya) menanyakan sesuatu maka tidak diterima sholatnya selama empat puluh malam.”
(HR Muslim)

Sudah lah dosa aku tidak dapat dihitung dengan jari, tak sanggup nak tambah kan lagi.
Yang aku pelik, selalu nya datang kedai aku biasanya peminta sedekah dan jurujual. Alah, jual aromaterapi lah dan macam-macam.
Mane datang pulak orang tilik menilik nasib dekat sini.
Macam-macam lah manusia sekarang ni.

Monday, 28 May 2012

Belia

Belia.
Apa itu belia?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. muda 2. pemuda 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi.

Jadi,
kita adalah belia itu.
kita golongan muda itu.
kita pemuda pemudi itu.

Dewasa kini,
para belia terlalu disogokkan dgn duniawi.
konsert sana, konsert situ.
Tempat-tempat yang menyeronokkan golongan kita lah berlumba-lumba untuk pergi. 
Sebenarnya kita punya pilihan untuk pergi kemana
tapi dek tuntutan hati dan nafsu,
di ikutkan sahaja.

Mungkin salah belia itu sendiri.
Mungkin keadaan persekitaran itu sendiri,
yang merubah sesuatu kejadian.

Aku sedar,
aku salah seorang dari itu. 
peringatan untuk diri yg lemah dan selalu terleka.

Kita rosakkan belia kita,
kemudian kita mengeluh mengapa mereka adalah belia yang rosak?

Tidak sedar diri.

Wednesday, 23 May 2012

Kawan ke?


Lumrah manusia memang begini kan.
Benar.
Di waktu kau gembira, kawan-kawan berduyun tiba.
tak dipanggil pun tak semena muncul.
Di waktu kau di dalam kesusahan, kawan-kawan tadi semua hilang tanpa dapat dijejak.
Jika dicari pula tetap tak muncul.

Duit, kuasa duit ini cukup hebat.

berdiri di satu bucu dengan wang-banyak pula yang mendekat.
berdiri di satu bucu tanpa wang-banyak pula yang menjauh.

membuat aku berfikir,
bukan fikiran aku perlu ada wang supaya aku punyai kawan.
tetapi,
menjadi fikiran yang mana itu kawan.

uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. sekian.

Thursday, 12 April 2012

itu aku.

aku mentari tapi tak menghangatkanmu.
aku pelangi tak memberi warna pada hidupmu.

aku sang bulan tak menerangi malammu.
aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan.

maafkan aku jika aku bukan,
bukan yang diinginkan, diimpikan malah didambakan.

tapi harus kau tahu
akan aku usaha sehabis daya
takkan aku pudar menghilang tika susah senangmu.

Tuesday, 21 February 2012

Cukup Mendalam !



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



p/s : lebih baik layan lagu yang lirik nya bagus, buat kita berfikir dan muhasabah diri dari dengar lagu lirik yang entah apa2. sekian.

Thursday, 12 January 2012

Omong Kosong.

eh. eh. blog.
ade lagi rupenye blog aku nih.
dh berkulat. dh basi pon.
malas nk taip & update dh blog.

maaf! k bai.

Friday, 9 December 2011

Heart

There is a place you can touch a woman that will drive her crazy.
You know where?

It's her heart.



# aku tidak tahu harus berapa lame lagi dibiarkan begini.

Monday, 14 November 2011

Love Sick !


I'm at that number 5.

LOVE HAS ITS REASON,
AND THAT REASON IS UNKNOWN !


p/s : do u feel the same way?

Sunday, 13 November 2011

Si Bodoh.

kenape aku perlu susah hati bile kau tak reply mesej aku,
kenape aku rase cemburu tgk gambar perempuan lain di dlm handphone kau,
kenape aku sakit hati bile kau keluar dgn org lain,

sedangkan kite hanya berkawan.

apekah, mengape kah. 


p/s : akulah si bodoh tu.

Monday, 7 November 2011

Sangat sakit hati!

hari ni rsenye boleh dikategorikan sbg bad day.
sebab 1,
nak g keje kepale sgt pening. tak tau nape. mungkinkah sebab byk sgt makan daging korban or sup lembu? mooo.
atau mungkin sebab terlebih cuti raye? #alah, 2 ari je kot cuti. tuii.

sebab 2,
arini aku sgt blur, lmbt sgt berfikir. bos tnye pun aku jwb lmbt n sepatah2.

sebab 2,
ade mamat yg sgt annoying dtg kt kedai. dtg dgn tak de adabnye. dhlah aku tnga blur kau tibe2 dtg gitu je. sakit hati betol. lpas tu nak carik bos aku, bile aku tnye dr mne kau tak reti jwb. okeh, mmg lah kau dtg pakai uniform TNB, tp aku still nak dgr kau sndri ckp kau dr mne. sume org leh pakai uniform. at least, please, introduce yourself ! boleh jadi kau ni penyamun, nak merompak kedai aku keje dgn memakai uniform kan. aku just nk berhati2. then, kau mintak aku call bos plak, bile aku tnye kt kawan kau ade urusan ape (tnye dgn nada yg sopan) . kawan kau boleh plak bg ayat mintak kaki aku. kau ckp, nk dtg berayeeee.. (sambil buat muke itik nak berak).

lpas tu baru kau ckp ayat yg sebenar, dtg nak potong letrik. hah. kan senang klu dr td kau ckp jelas2. ooo, mentang2 kau dtg nak potong letrik orang, kemain berlagak n kerek aa kau. ingat aku cuak or malu ke?! tuuii!
oi, staff TNB. kau dtg uma org, cubelah beradab ckt. jgn nak berlagak sbab keje kau potong letrik org.
sumpah, aku cukup pantang dgn org yg tak ade adab neh. aku jmpe kau lg skali En. Aduka dan kawan, mmg aku nak ludah korang!



p/s : hidup tu jgn nak berlagak sgt lah.

Monday, 10 October 2011

#1

When a girl tells you about her problems... It doesn't mean she complains, but she trusts you.


p/s : i mean, seriously. pleaseee, understand me. urghhh.

Blah !

Di kala ini,
Kesunyian hadir mencengkam diri
Aku seperti kosong
Terasa diri ingin lari
Pergi ke tempat tidak siapa yang akan mencari

Ingin sekali aku,
Melihat keindahan alam
Untuk mengisi hati yang sepi
Ingin aku,
Menari pada hati kedamaian
Menyanyi pada lagu keasyikan

Mungkin,
Jika berfikir akan kebesaranNYa
Jiwa akan tenang
Hati akan senang
Fikiran bagaikan tidur

Mengamati betapa indahnya alam
Betapa damainya pemandangan
Biarkan aku sendiri

Menikmati keindahan ini
Mensyukuri kehebatan ini
Mencari jiwa tenang
Menanti dengan jiwa yang senang.


p/s : gua, bermonolog sendirian. ;) asal aku rse geli bile bace post aku neh. HAHA!

Thursday, 6 October 2011

My Heart Speaks


Even though I knew it from the very start,
That there is someone who owns your heart;
Even if I see, you're not sitting next to me,
I'm still hoping that someday you will be.

I cherished all the memories we shared in a decade,
Keeping them alive within my mind, like a parade.
My heart keeps on yearning for you to be near me.
"Why?" You asked me. "I love you." I said simply.

I can no longer control this throbbing heart and mind,
All this love for you made me completely blind.
I can't see anybody but only you, my dear.
You say you like somebody, "It's me!" I endear.

My heart silently cries the tears from deep within,
The pain won't stop aching but I just keep it in.
If only you can see the one loving you is me,
I'll do anything for you, anything, just tell me.

Sometimes, I ask myself: How long will I survive?
With you there by her side, letting romance revive;
Whilst shattering my heart into tiny pieces once again,
Leaving me with only scars that forever will be in pain.

I've tried to soothe myself with this one big fat lie,
That I'll be happy for you, just to see you smile.
These tears keep pouring down as fast as a river flow,
Since I can't believe myself for letting you just blow.

I've gone crazy, my dear, crazy over this one-sided love,
But only you can cure this lovesick, I had just said above.
With all your heart, please share that love with me.
Save me. Love me. Save all your love, for only me.

Thursday, 15 September 2011

Mengapa lelaki perlu pilih seorang guru menjadi isteri . :)


Salam,

buat pertama kali nya dlm sejarah aku bikin entri melampau pjg. okeh tipu ! buat pertama kalinya dlm belog aku ni haa.
aku buat entri ni bknnye sbab aku seorang cikgu atau pon berangan nak jd cikgu.
tp sebab kan keluarga aku kebanyakannya sume golongan pendidik ye.
dr mak sdare aku, pak sdare aku . ade yg jd cikgu, ade yg pensyarah, ade ustaz. eh, sumenye keje mendidik org lah.
tp yg paling penting, aku nk dedikasikan entri ni utk emak kesayangan aku. 
sebab, sebab... sebabnyee...
mak aku cikgu juge. HEHE.

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

#Tapi, harus kita ingat,
kita semua adalah guru dan orang tua pada saat bersamaan, seorang pendidik untuk siapa saja yang berada di sekitar kita dengan semua tindakan dan kata-kata kita.


p/s : saya nak bakal suami sy cikgu boleh ? HAHA.

Friday, 9 September 2011

Rase nak Tumbuk kau !

Sumpah ! aku dh tak taw nk luahkn mcm mne lg n pd sape aku ingin luahkan.
Maafkn aku belog krn jdkn kau tmpt aku lepaskan geram ni.
Klu aku luahkn kt fesbuk, mungkin ramai akn rse sgt annoying dgn aku.

Ape yg aku nk luahkn?
Aku cume nk lpaskn geram aku dgn masalah keje.
Aku btol2 tak paham mengape ade sesetengah org yg sush nk komited pd kerjanye.
Bukan kah itu tanggungjawab die.
Nape smpi perlu menyusahkan org lain.

Aku ni bkn lah bgus sgt pon buat keje, tp aku cube supaya tak kan bebankn dn bg masalah pd org lain.
Lain lah keje kau tu tak melibatkn orang lain, mmg tak lah aku nk amik port kan !
Tp masalah nye keje kau tu pasal service n melibatkn customer.
Dan yg aku tak paham lg, susah sgt ke kau nk mendisiplin kn diri.

Dtg keje pun lewat .
Kdg2 mc tak inform sesape pon.
Sesuke ati TOK ANJANG kau je kan nk dtg ke, msuk lmbt ke.
Lpas tu aku ngn bos lak terhegeh2 nk call kau tnye kau dtg kje ke tak. huh.

Yg aku tak tahan, kau dh jnji kt customer keje kau tu bole siap sekian, sekian hari.
Tup2 kau tak dtg tanpe inform ape2.
Then panggilan telefon dr cutomer bertalu2 tnye .

Aku mmg nk jerit,
Klu ade bantal, mmg aku jerit puas2.


Aku mmg tak pandai nk marah2.
Bile aku nk marah, aku hanye mampu diamkan diri je.
Tuhan je tahu camne perasaan aku.



Seriously, i need a punching bag right now. arghh... !!

Sunday, 4 September 2011

Paham Memahami . =_=

awk ni,
btol2 sush nk dipahami. awk kate org tak phm awk.
tp awk tau tak,
sdaye upaye sy cube memahami awk.
makin sy cube,
makin sy tak paham.
sebab,
awk tak pernah bg peluang utk sy memahami awk.
seperti,
awk "block kn" diri awk agar org tak dpt phm awk.

true, boys are really complicated.
* err, actually girls too. ;)



p/s : argh!! sy betol2 tak phm ape yg sy tak phm sbnrnye. korg, korg paham tak? o_O