Saturday 30 July 2011

Bola itu Bulat !!

Okeh, mst dh taw lah aku nk story pasl ape kan. Sana-sini kecoh pasal perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 (Malaysia dan Singapore) , login facebook je melambak penuh news feed pasl game ni. Ramai yg bg sokongan penuh pd Harimau Malaya. same dgn lah ngn aku. hehe.

Aku layan game ni kat uma je, ngn MAK aku lak tu. HAHA ! maklumlah, tade org pon nak ajak kite ni g Stadium tu haa , org bg tiket free pon mmg dlm mimpi pon tak lpas !teringin giler aku nk tgk live kat stadium. wuuu.. Tp syiok gak layan ngn mak aku. smangat mak aku lebih dr aku kot ! Terbaek ah. terjerit2 mak aku tgk. HAHA. at least dpt spend time ngn mak aku.

Malaysia menang dgn skor 8-0 ye ! Oh yeah , Nampak beno aku nipu. HAHA. sudah lah, aku tak kuat berpura-pura cm SingaPURA tu. Well, sume dh taw kan result game ni. Perasaan tidak puas hati aku muncul , so kt belog ini lah salah 1 tempat aku luahkan perasaan... err act, bkn salah 1, mmg 1 tempat ni je aku biase luah kan perasaan marah, kecewa, gembira aku.

Aku sedih sgt, tp aku tetap berbangga ngn pasukan Harimau kite. Harimau Malaya juga turut kecewa , tp mmg adat pertandingan. Kalah dan menang mmg lah ade. Bg aku, pasukan kite dh buat yg terbaik cume ade kekurangan yang perlu dipelajari. Its okeh, perjuangan mst diteruskan , right?

Even Malaysia kalah, aku sgt2 berbangga ngn pasukan kita. Kite tak perlukan tenaga atau meminjam player2 dr " kampung sebelah" pon. Dan ternyata juge player kite bkn lah " pondan " .Ye, setiap org ade kelebihan dan kekurangan masing2. aku bukan lah nk kutuk player Singapore, cuma aku benci dgn lakonan yg berpura-pura tu, Haha !

Malaysia juge ade kekurangan, pertahanan kite agak lemah. Tp aku harap pasukan kite dpt blajar dr kesilapan . Dan jgn terlalu mengaharap kan Safee Sali utk jaringkan gol, yang lain perlu usaha juga. Aku sgt kagum dgn keeper kite, Kharul Fahmi Che Mat. Die pon buat yg terbaik . Untuk masa akan dtg, aku pasti mereka akan baiki kelemahan dan akan berusaha lebih lagi.

Aku akan sentiasa menyokong, Harimau Malaya , mengaum lah kau sehebat boleh. Tunjukkan kite bkn lemah ! Aku akan sentiasa menyokong. Kate anak jati Malaysia kan. Giler semangat patriotik aku. Merdeka, Merdeka !! Tetiba plak lah kan. :)

Perasaan nak sepak bola kat org yg kuat "PURA-PURA" . ;)

 Harimau Malaya, 143 !! rawwr... !



p/s : dh sebuk2 pasl bola, lpas ni sebuk2 nk puase plak. penuh lah news feed fb ngn ucapan. pis ! ;)

Monday 18 July 2011

Korang nak gelak sakan? hamik obat nih !

Perghh..buat pertama kalinye aku ade 2 entri dlm mse sehari. Inilah akibat bile kebosanan terlampau melanda di tempat kje.

So, kpd yg tnga bosan (mcm keadaan aku skang) or tnga tensen. aku leh bg obat nyer. ikut step di bawah ini ye :

  1. Go on google.
  2. Search " top 50 women on internet".
  3. Go on the first link.
  4. Look at number 7. 
  5. And laugh really hard.  







p/s: err...betuah ke malang die ni??

Pelangi yang Indah !

Hari ni rse tersgt lah bosan kt tmpt kje, nk blog  pon aku mls sbnrnye. tp disebabkan lame sgt tade entri baru, err.. lme ke? whatever lah. aku pon isi je lah bg belog ini bg die "berisi".

Tenga2 leka mlayan pakcik google, aku terjumpe lah pic2 rainbow yg sgt indah nih. Sumpah mmg cantik, bile tgk pic2 cmni, baru lah aku rse tak bosan sgt . Dari kite dok puji org tu cntik, org ni cntik. kasut tu cantik, baju ni cantik. pekate kite puji ciptaan Allah yang ini pulak. kan elok ! Meh aku share kt korg jenis2 pelangi yg SUPER RARE punyer !

1. Classics Rainbow
2. Circular Rainbows
3. Secondary Rainbows

4. Red Rainbows
5. Sundogs

6. Fogbows
7. Waterfall Rainbows
8. Fire Rainbows
9. Moonbows
Kepada yg masih tak tahu asal-usul pelangi (rsenye sume org dh tau kot!) ->
Kunci terjadinya pelangi adalah pembiasan cahaya. Ketika dibiaskan, cahaya akan berubah arah. Biasanya pembelokan ini terjadi ketika cahaya pindah dari medium satu ke yang lain. Hal ini terjadi karena cahaya bergerak dengan kecepatan berbeda dalam medium berlainan. Ketika memasuki prisma kaca, cahaya akan dibelokkan. Begitu pula jika keluar dari prisma. Selain membiaskan cahaya, prisma memisahkan cahaya putih menjadi komponen warnanya.  Tetesan air hujan dapat membiaskan dan menyebarkan cahaya mirip sebuah prisma. Dalam kata yang tepat, pembiasan cahaya ini membentuk pelangi.



p/s : aku pling suke fire rainbows tuh ! cantik sgt! SubhanAllah... indahnya ciptaan Allah.

Friday 1 July 2011

Pensyarah vs Guru Besar : Imam Muda Musim Kedua 2011

Salam ,
Entri aku kali ni agak laen, aku tak pena wat review pasal juara Mentor, juara AF or even juara Maharaja Lawak nye pun adui.. (slang Jozan). Bukannye ape, rmi sgt wat entri pasl dorang, so aku agak muak dh tgk. Juara Imam Muda sush plak aku nk nmpk org buat entri nye. hurm... Pejam celik pejam celik rasanya seperti baru semalam Imam Muda 2 berlangsung. Mana taknya sebelum ini sume leka dengan program realiti mcm Akademi Fantasia dan selepas itu Maharaja Lawak pula (same dgn lah aku). Haa... lepas ini tgk rancangan Mari Menari pulak ke?

Dua orang peserta Imam Muda musim kedua ini yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Nazrul atau dikenali sebagai Nazrul Izwan Zolkiflee dan juga Hassan atau nama sebnar Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza. Masing-masing berumur 26 tahun.

Program realiti tv berbentuk islamic iaitu Imam Muda Musim Kedua terbitan Astro telah pun melabuhkan tirainya semalam. Imam Muda Musim Kedua ini menobatkan Imam Muda Hassan sebagai juara dan Imam Muda Nazrul sebagai naib juara. 

Hadiahnye not bad gak lah. Untuk juara, Imam Muda Hassan merangkul hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. (tp rasenye ade tambahan duit dr Bank Islam, bape ntah). walaupun hadiah tak segah mcm Maharja Lawak, tp yg penting ilmu yg dorg dpt tu, smoga dpt dimanfaatkn ke arah kebaikan. amin.

Manakala Imam Muda Nazrul mendapat biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Ni aku story ckt biodata juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan.
  • Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik.
  • Graduan Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
  • Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
  • Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa.
  • Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor
  • Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
  • Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.
  • Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.
  • Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Klang.
Ni plak biodata naib juara Imam Muda Musim Kedua, Imam Muda Nazrul.
  • Nazrul Izwan Bin Zolkiflee nama diberi.
  • Berumur 26 Tahun.
  • Lahir pada 20 Jun1985.
  • Berasal dari Johor.
  • Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam & Dakwah.
  • Pekerjaan nya , Guru Besar.
  • Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
persembahan dorang mase mlm kemuncak tu... pergh, aku sgt kagum dgn kepetahan dorang berbicara. Imam Muda Hassan dgn topik nya Akhlak Mulia, Imam Muda Nazrul pulak dgn topik Berbakti kpd Ibu Bapa. mase ayat2 terakhir Imam Muda Hassan tu aku rase sebak lak dgr coz ayah die dh tade di muke bumi ni lagi. seyes aku nk nangis dgr...



    yang sebelah kiri tu Imam Muda Hassa, yg sebelah kanan Imam Muda Nazrul







    dua2 same hebat tau , tp aku minat Imam Muda Nazrul. tgk kening die tu terpikat pulak. kacak oii.. HAHA ! nasib lah die dh kawin n ade anak. kalu tak, berangan lebih lah !



     


    p/s : untung lah kalau dpt suami camni kan , sejuk nyer ati. tp aku tak layak lah dpt laki camni. sob. sob.  :(