Friday 1 July 2011

Pensyarah vs Guru Besar : Imam Muda Musim Kedua 2011

Salam ,
Entri aku kali ni agak laen, aku tak pena wat review pasal juara Mentor, juara AF or even juara Maharaja Lawak nye pun adui.. (slang Jozan). Bukannye ape, rmi sgt wat entri pasl dorang, so aku agak muak dh tgk. Juara Imam Muda sush plak aku nk nmpk org buat entri nye. hurm... Pejam celik pejam celik rasanya seperti baru semalam Imam Muda 2 berlangsung. Mana taknya sebelum ini sume leka dengan program realiti mcm Akademi Fantasia dan selepas itu Maharaja Lawak pula (same dgn lah aku). Haa... lepas ini tgk rancangan Mari Menari pulak ke?

Dua orang peserta Imam Muda musim kedua ini yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Nazrul atau dikenali sebagai Nazrul Izwan Zolkiflee dan juga Hassan atau nama sebnar Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza. Masing-masing berumur 26 tahun.

Program realiti tv berbentuk islamic iaitu Imam Muda Musim Kedua terbitan Astro telah pun melabuhkan tirainya semalam. Imam Muda Musim Kedua ini menobatkan Imam Muda Hassan sebagai juara dan Imam Muda Nazrul sebagai naib juara. 

Hadiahnye not bad gak lah. Untuk juara, Imam Muda Hassan merangkul hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. (tp rasenye ade tambahan duit dr Bank Islam, bape ntah). walaupun hadiah tak segah mcm Maharja Lawak, tp yg penting ilmu yg dorg dpt tu, smoga dpt dimanfaatkn ke arah kebaikan. amin.

Manakala Imam Muda Nazrul mendapat biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Ni aku story ckt biodata juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan.
  • Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik.
  • Graduan Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
  • Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
  • Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa.
  • Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor
  • Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
  • Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.
  • Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.
  • Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Klang.
Ni plak biodata naib juara Imam Muda Musim Kedua, Imam Muda Nazrul.
  • Nazrul Izwan Bin Zolkiflee nama diberi.
  • Berumur 26 Tahun.
  • Lahir pada 20 Jun1985.
  • Berasal dari Johor.
  • Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam & Dakwah.
  • Pekerjaan nya , Guru Besar.
  • Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
persembahan dorang mase mlm kemuncak tu... pergh, aku sgt kagum dgn kepetahan dorang berbicara. Imam Muda Hassan dgn topik nya Akhlak Mulia, Imam Muda Nazrul pulak dgn topik Berbakti kpd Ibu Bapa. mase ayat2 terakhir Imam Muda Hassan tu aku rase sebak lak dgr coz ayah die dh tade di muke bumi ni lagi. seyes aku nk nangis dgr...



    yang sebelah kiri tu Imam Muda Hassa, yg sebelah kanan Imam Muda Nazrul







    dua2 same hebat tau , tp aku minat Imam Muda Nazrul. tgk kening die tu terpikat pulak. kacak oii.. HAHA ! nasib lah die dh kawin n ade anak. kalu tak, berangan lebih lah !



     


    p/s : untung lah kalau dpt suami camni kan , sejuk nyer ati. tp aku tak layak lah dpt laki camni. sob. sob.  :(




















    2 comments:

    SoLy SoLicious said...

    hassan jugak yg menang kan..

    Belle Membebel said...

    Soly Solicious : itulah. Hassan yg menang. dua2 mmg terbaek pon. tp suke Nazrul lah.. hihi.